PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BMM3053
Tuesday, 2 September 2014
MINGGU 4
BAHAN SASTERA
BIDANG ILMU LAIN
Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-negaraku-lagu-kebangsaan.html#ixzz36kQYsOwe
TATABAHASA
Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif dapat dibahagi kepada dua kumpulan yang lain, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif juga terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

KATA KERJA

Kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil sebarang objek atau penyambut
selepas kata kerja tersebut. Kata
kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis.
I) Kata kerja tak
transitif tak berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut sesudahnya. Kata kerja jenis
ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat ayat atau sebagai unsur ini dalam
frasa kerja kerana ia boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk
memberi maklumat tambahan.
II) KATA KERJA TAK
TRANSITIF BERPELENGKAP.
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan
pelengkap yang berupaya sama ada perkataan nama, kata adjektif
atau frasa sendi nama seperti contoh-contoh yang berikut:
i.
Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya :
1.
Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2.
Saya ada wang.
3.
Mereka tidur berbantalkan lengan.
4.
Rumahnya bertiangkan batang meranti.
ii.
Kata adjektif sebagai pelengkap.
Contohnya:
1.
Buah-buahan itu menjadi buruk.
2.
Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3.
Peserta itu tidur lena.
4.
Ayam itu berkokok nyaring.
iii.
Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1.
Mereka bermain di padang sekolah.
2.
Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
3.
Burung itu hinggap di dahan pokok.
4.
Pelajar itu melawat ke Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)