Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa
implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang
pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses
pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari
bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan
proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and
Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap
aspek pendidikan.
Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan
komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat
dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO
(Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan
kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus
untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan
dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer
pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan
dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan
utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer
juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana
merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan
oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan
melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian
PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.
No comments:
Post a Comment